Sunday, May 16, 2010

16052010 HDR


Cuba proses gambar menggunakan perisian Photomatix bagi menghasilkan foto HDR (High Dynamic Range). Gabungan 5 exposure untuk satu gambar yang sama. Foto ori dalam format RAW diubah exposurenya dan disimpan dalam format tiff dalam perisian photoshop. 5 fotoberkenaan di proses dalam photomatix, dan kemudian disunting semula menggunakan perisian photoshop... sangat lama bila kita hanya ada satu foto, bagaimanapun untuk lebih cepat kita boleh set pada kamera untuk mendapatkan 5 exposure yang berbeza... beberapa foto dibawah sebagai contoh... bukan tercantik, masih dalam pembelajaran tapi cukup untuk dijadikan contoh.

* boleh rujuk dalam majalah :- Digital Camera Magazine (issue 53, May 2010)

In image processing, computer graphics, andphotography,high dynamic range imaging(HDRIor justHDR) is a set of techniques that allow a greaterdynamic rangeofluminancesbetween the lightest and darkest areas of an image than standard digital imaging techniques or photographic methods. This wider dynamic range allows HDR images to more accurately represent the wide range of intensity levels found in real scenes, ranging from direct sunlight to faint starlight.[1]

The two main sources of HDR imagery are computer renderings and merging of multiple photographs, which in turn are known as low dynamic range (LDR)[2] (also calledstandard dynamic range(SDR)[3]) photographs.

Tone mapping techniques, which reduce overall contrast to facilitate display of HDR images on devices with lower dynamic range, can be applied to produce images with preserved or exaggerated local contrast for artistic effect. :- petikan dari 'wikipedia'















Saturday, May 8, 2010

11022010 Tasik Taiping

Sewaktu meronda dengan sahabat di Tasik Taiping. Tak banyak gambar yang diambil...


* Canon 40D + Canon 70-200 f2.8 IS
.

Friday, May 7, 2010

13042010 Pondok

Dah lama nak ambil gambar pondok yang ada dekat sawah. sambil tu ambil lah gambar yang lain.... Foto di bawah telah disunting mengikut citarasa saya...

inilah pondok nya... sukar untuk mencari sudut yang cantik...

paling suka dengan foto dibawah...


jeti memancing belakang rumah abah...



landscape...



* menggunakan Canon 40D dan Tamron 17-50 f2.8



Thursday, May 6, 2010

02052010 Bersama Pak Andak




Setelah balik ke rumah abah, terlihat kelibat manusia dibelakang rumah sambil memegang kamera. Terus saya ke belakang rumah dan menegur. Oh! rupanya sedara yang bergelar Pak Andak. Beliau memegang Canon 50D bersama lens 100-400 nya. Rupanya beliau berminat untuk menangkap gambar burung. Tak hairanlah beliau memiliki lens 100-400 tersebut. Beliau mengajak untuk memburu burung. walaupun tidak berminat untuk bidang itu, saya menerima ajakan beliau kerana memikirkan saya boleh mengambil gambar pemandangan sekali...

Ketika hampir senja di Parit Tiga

Tertari dengan aksi ikan belacak ini ketika air laut mula pasang





Cuba bermain dengan setting "kelvin" pada kamera



Hanya aksi burung ini saja yang mampu dirakamkan



Mencari kelainan pada landscape


Mencuba lens sebelum meronda


*Semua foto menggunakan Canon 40D dan lens Canon 70-200 f2.8 IS

24042010 TT Bersama Rakan Photomalaysia


Oleh kerana Blog ini baru saja dibuat, maka banyak koleksi foto adalah dari hari-hari sebelum blog ini dibuat. 24/04/2010 pertama kalinya setelah agak lama belajar sendiri, saya memberanikan diri untuk cuba bersama-sama menyertai aktiviti. Lokasi adalah di kawasan sawah padi di Sekinchan dan perkampungan nelayan di Bagan sekinchan. Foto-foto ini mungkin bukan terbaik bagi semua, tapi terbaik yang mampu saya rakamkan.

Perkampungan Nelayan Cina di Bagan Sekinchan




Ikan yang dijemur untuk dijadikan ikan kering







Sekitar sawah padi di Sekinchan








* menggunakan Canon 40D dan Tokina 11-16 f2.8